Tuesday, September 27, 2011

Title of project : E22 Lebuhraya Senai Desaru dan Jambatan Baru Sungai Johor

Huraian mengenai projek....
Senai-Desaru Expressway adalah lebuhraya baru yang menghubungkan Senai-Pasir Gudang-Desaru sepanjang 77 kilometer. Ia juga dikenali sebagai Lebuhraya “E22″ yang dapat memberi kemudahan perhubungan pengangkutan darat antara Johor Timur dan Johor Barat. Projek lebuhraya ini adalah yang ketiga terpanjang yang telah dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia dan dibina oleh Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd.
Dengan terbinanya lebuhraya ini dapat memendekkan masa perjalanan antara Senai yang terletak di barat dengan Desaru yang terletak di timur, yang hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding 2 jam perjalanan sebelum ini. Wujudnya lebuhraya ini dapat menaikkan lagi industri perlancongan di sekitar Desaru dan Pengerang. 

Selain dari itu, ia juga menjadi pemangkin kepada industri pengilangan yang dapat menghubungkan antara Pelabuhan Johor (Johor Port) dan Pelabuhan Tanjung Langsat dengan Senai Airport serta Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Lebuhraya ini dilengkapi dengan 2 kawasan R&R yang terletak di KM31 arah barat dan KM32 arah timur. Antara kemudahan yang disediakan adalah stesen minyak, gerai makan, surau, tandas, WIFI, mesin ATM dan kawasan permainan kanak-kanak. 
Mercu tanda bagi lebuhraya ini ialah jambatan gantung yang merentangi Sg. Johor. Pada masa ini jambatan tersebut masih lagi di dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2011. Tol akan dikenakan pada kadar 0.13 sen bagi setiap kilometer. 
The toll rates are as follows :
Anggaran masa perjalanan bagi setiap destinasi di sepanjang E22 : 
Jarak perjalanan keseluruhan Lebuhraya Senai-desaru adalah sepanjang 77 km. Jarak perjalanan di antara persimpangan:
Persimpangan adalah seperti berikut:
1. Senai ke Ulu Tiram – lebih kurang 23 km. 
2. Ulu Tiram ke Cahaya Baru – lebih kurang 20 km. 
3. Cahaya Baru ke Pasir Gudang – lebih kurang 7 km. 
4. Cahaya Baru ke Penawar (Desaru) – lebih kurang 27 km.
Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan E22. Antaranya adalah: 
1. Perkhidmatan panggilan kecemasan di setiap 2 km di sepanjang lebuhraya E22. 
2. Perkhidmatan percuma Pasukan Keselamatan E22 yang sentiasa mengawasi, memantau dan membantu pengguna lebuhraya 24 jam sehari. Skop perkhidmatan adalah terhad kepada pembaikan kecil dan perkhidmatan tow ke plaza tol atau kawasan Rehat dan Rawat berhampiran dan hanya tertakluk kepada kenderaan Kelas 1 dan Kelas 4 sahaja. 
3. Lebuhraya E22 menghubungkan anda terus dengan laluan ke Lapangan Terbang Senai dan merupakan jalan terpantas dari arah Kota Tinggi, Pasir Gudang dan Penawar / Desaru. 
4. Lebuh raya tersebut juga menyediakan kawasan Rehat & Rawat untuk keselesaan pengguna lebuhraya.

Ringkasan mengenai projek :
Lebuhraya Senai – Desaru terdiri daripada 2 fasa lebuh raya iaitu : 
Fasa pertama : 1) Lebuh raya sepanjang 50 km 
                       2) Dibina pada Julai 2004 
                       3) Siap pada Ogos 2009 
Fasa kedua :   1) Lebuh raya sepanjang 27 km 
                      2) Dibina pada 2004 
                      3) Siap pada 10 Jun 2011 
Kontraktor :   Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd 
Kos : RM1.365 bilion 
Skop : 1) Memendekkan waktu perjalanan dari 2 jam menjadi 45 minit.
         2) Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di beberapa kawasan khususnya di Lebuhraya Pasir         Gudang dan Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.

video..E22 Lebuhraya Senai Desaru dan Jambatan Baru Sungai Johor

selesai....thanx u...:)

Friday, September 23, 2011

My first assignment for PM..E22 Lebuhraya Senai Desaru dan Jambatan Baru Sungai Johor


ni la jmbtan ye..ala2 jmbtn kt penang kn..tp ok la jga..snang nk p kota tnggi, desaru n senai..cpt ckit smpai..semoga johor mkin mju...:)

Thursday, September 22, 2011

Kenyang ye cik lala msak...:)

sdap ye cik lala msak kerang..yum..yum..cicah kicap asm lala..hhehehehe..kenyng smpai nk munth...mcm ni leh la tmbh darah..every day mkn kerang...da trikut lala n kak ros hantu kerang..hehehe..to all my housemate..t kta mkn kerang lg k..hehehe..sdap kn cik lala msak..t suwoh msak lg..hehehe...:)....:p

Msak untuk berbuke..:)..

xtao la nk msk ape..nk suwoh cik lala msk la..leh x?dia msak sdap2222 sgt9999..jom kta msak sardin msk asam pdas n ayam greng..lapa2..xbek kn ckp lapa kalo pose..hehehe..windu ye kt msakan mak sy..:(..ok la nk msak dlu..

penin kple ble pk thesis....

thesis2...nape la aku pnin kple ble pk thesis...agk2 ye ble la nk abis wt thesis ni....

hanya untuk assignment

kami budak " ukur geomatik " bukan sekadar mengukur ;D